Tuesday 29 May 2012

sabar itukan indah =)

marah,tegas,penyayang and so on lah..

kadang-kadang kita marah tak bertempat,
anak kecil yang sedang mengalami tumbesaran pun kita nak marah.
sedangkan budak tu tak tahu apa-apa lagi. budak kecik beb. agak-agak la nak marah kalau ye pun. lain lah da besaq panjang buat salah,memang patut kena marah.
cara qila cakap macam dah ada anak pula kan. umur muda lagi.
kita kena berfikiran matang dan berfikiran jauh.sebab kita akan lalui apa yg orang tua kita rasa.
pedih,pahit,manis,masin.. masin? ada ke??
umur qila pun da besar. 18 tahun.kita mesti rancang masa depan kita,anak-anak kita nanti. wah~ sungguh besar impianmu aqilah. ahaha~
dah melalut sudah.. balik kepada tajuk besar kita,.

marah? sifat mazmumah(tercela) yang ada dalam diri semua manusia dan sabar adalah penghalang daripada sifat itu.
walaubagaimanapun,sabar ada had dan batasnya,apabila hilangnya sabar timbullah kemarahan.
see,kadang-kadang benda kecil pun kita nak marah.sabar kita itu terlalu sedikitkan.sabar itukan separuh daripada iman.

daripada ABU HURAIRAH R.H,  ; 'Bahawa datang seorang lelaki kepada NABI MUHAMMAD S.A.W lalu berkata :'berwasiatlah kepadaku ya RASULULLAH.' lalu baginda bersabda,;' jangan engkau marah.' ,baginda mengulangi 3 kali.

ada orang jenis panas baran,susah kita nak sejukkan tetapi sebenarnya dalam dasar hati seseorang itu adalah seorang penyayang. apa motif qila cakap benda ni?? abaikan..
pengorbanan baginda lagi besar,nak sebarkan islam sungguh getir.selama 3 tahun menyebarkan secara sembunyi dan 23 tahun secara terang-terangan.masa itulah pahit getir baginda kena tanggung.kena baling najis segala bagai.tapi baginda relax je,sabar.
tapi kita ni,baru benda kecil dah marah tak tentu pasal.baru kena perli,dah menjerit terlolong,meraung tak tentu pasal disebabkan kena perli.lek r beb.kalau kita tak salah,senyap sudah dan selesaikan secara aman.

kalau kawan kita ada buat salah,maafkanlah dia.baginda pun maafkan umatnya.kita mesti ada sifat saling bermaafan kerana dapat memupuk kasih sayang dan kemesraan sesama manusia.apabila kita dapat mengawal kemarahan kita akan mendapat balasan syurga. percaya atau tidak?baca seterusnya.

daripada ABI ad-darda,dia berkata;wahai RASULULLAH,tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang dapat saya masuk ke syurga.Rasulullah bersabda; jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga.
riwayat AT-TABRANI.

Islam ni kan bersatu padu,berkasih sayang.kalau berpecah belah,habislah.anda mesti tahu apa akan jadikan.
bila kita dah tahu benda ni janganlah asyik nak marah je ye makcik, pakcik, kakak ,abang,adik,mak jemah sekalian.marah itu datangnya dari syaitan.dah nama pun mazmumah,tercela.hooray2 la syaitan merata tempat bila melihat umat manusia ada sifat mazmumah.

daripada 'Atiah r.a, Rasulullah bersabda:Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu datangnya daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air maka apabila salah seorang kamu marah suruhlah dia berwudu'.
riwayat Abu Daud.

bila kita dapat elakkan sifat marah ni banyak hikmahnya.menjauhi kita daripada hasad dengki,dendam,benci,buruk sangka dan yang tak baiklah.ada 5 kategori marah iaitu cepat marah atau marah tidak bertempat,marah pertengahan(mampu kawal marah atau marah bertempat),tidak tahu marah dan marah keterlaluan.

Imam al-Ghazali ada berkata 10 punca penyebab kita marah.rasa bangga diri,takjub kepada peribadi sendiri,bergurau senda yang berlebihan atau melampaui batas,bercakap sia-sia selain gemar membuat fitnah.
tersentap mak,nak..amek kau.kan dah terasa.sungguh~
lagi 5 jap.....
khianat,tamak harta dan pangkat,gemar membantah dalam sesuatu perkara,gagal mengawal nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.
wah~memang terasa,kalau tak terasa,tak ada perasaan la tu atau mmg tak ada sifat mcm ni,itu sudah bagus.

bila marah kita memuncak naik mulalah percakapan pun menjadi kuat,kata-kata pun tidak teratur,bahasa kasar,menghina,merendah-rendahkan orang lain. sungguh tidak sopan.peringatan kepada kita semua.bila kita marah mulalah 'aku betul,kau salah', janganlah begitu wahai manusia sekalian.

marah yang terpuji iaitu marah pertengahan,marah bertempat.contoh,mak kita marah adik yang tak solat.baginda pun ada pesan,'ajarlah anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu solat apabila berumur 10tahun dan pisahkan tempat tidur mereka'.
kiranya,marah kerana itu syariat ALLAH,takkan biarkan je.amboi~tak ambil berat.
zaman sekarang ni,mak bapak biarkan anak gadis mereka tidak menutup aurat,terdedah sana sini.nak salahkan ibubapa seratus peratus tak boleh juga,kadang-kadang ibubapa banyak kali nasihat sampai berbulu telinga dah,tak dengar juga.sama juga lelaki,asyik perempuan je kena bebel.fuhh!(tak puas hati)senget je qilah.tengok tu~ada sifat mazmumah.ish3.astaghfirullah.
nak didik anak-anak biarlah dari kecil,melentur buluh biarlah dari rebungnya.barulah anak-anak dengar cakap ibubapa dan menjalani kehidupan atas landasan syariat ALLAH.kan3??betullah.

ada juga kisah saidina ALI ketika peperangan dimana saidina Ali hampir memenggal kepala musuh tetapi musuh meludah ke mukanya dan saidina Ali tidak jadi untuk membunuh maka berasa hairanlah musuh itu
SAIDINA ALI menjawab:'Aku takut membunuhmu bukan kerana ALLAH tetapi membunuhmu kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.'
hebatkan saidina Ali,masih boleh menggunakan pertimbangan akal dan syariat  walaupun marah.sama-sama kita renungkan dan fikirkan tahap mana marah kita untuk kebaikan masa akan datang~

daripada ABU HURAIRAH R.A;RASULULLAH S.A.W bersabda; orang yang kuat dan gagah adalah orang yang bergusti tetapi orang yang kuat dan gagah adalah orang yang mengawal marahnya.
riwayat BUKHARI dan MUSLIM.

nak jadi kuat kena la kawal marah.susah sebenarnya kita nak berubah.tetapi sebenarnya kita mengalami proses perubahan.kalau ke arah kebaikan,syukurlah.hati kita yang ingin berubah apabila kita nak diri kita berubah.betul tak?tak betul,sila tinggalkan komen.mungkin ada pendapat korang tentang semua ni atau blog ni ke atau so on lah.

ok,setakat ini sahaja.ustaz dan ustajah sekalian terima kasih kerana membaca =)
#reference from website ISLAM INDAH
#yang baik datang dari ALLAH,yang buruk daripada diri ini
#buat peringatan kepada kita semua
#salam sayang dan ukhwah fillah =)
#jaga hati jaga iman~


No comments:

Post a Comment