Tuesday 19 June 2012

medical check up di Pusrawi.

sungguh~Alhamdulillah ,ALLAH permudahkan urusan.sepatutnya nak buat je medical checkup kat HKL. Tapi disebabkan keputusan nak dpt tu lambat bebenau.lagipun nak daftar masuk belajar khamis ni,21 jun. terpaksalah pergi PUSRAWI tu. senang dan cepat. dalam hampir 2 jam dah siap.kan mudah tuh.
memang kena turun naik,turun naik lah.harga pun tak beza sgt dengan HKL ,rm88 sahaja.HKL rm80.
Dan tak pernah menguruskan benda macam ni sorang2, tiba2 ma cakap'ma drop kat pusrawi je ye.lepas ma dah habis uruskan jenazah call ma,ingtkan nak bawak kau sekali mandikan jenazah,boleh ea?'
adoi~terpaksalah iyekan je.melepas nak pergi uruskan jenazah.pergi jelah seorang diri.membawa diri.tak pelah berdikari kan.saya dah besar so,tak payah nak bergantung pd org lain.ingtkan skit je yang medical check up.rupanya ramai la jugak.ada jugak yang satu kolej ngn aku.haha~terkejut den.woi,qila.pk hang sorg nak buat medical check up.ramai lagi hang tau .pulak tadi buat scene menjerit kat kaunter bayaran.keluar lah suara yang agak garau ni.buat malu kaum je.haha~'kak!',punya aku menjerit kat situ.kakak tu tercicir dia punya resit bayaran,jatuh pulak elok2 je depan kaki aku,mmg patutla aku kena amik bg die.takkan buat donoh pulak.yang pasti semua pandang aku.buat macam tak de benda yang berlaku .so,selesailah sudah urusanku dgn doktor.tak payah pening kepala lagi.

Tuesday 29 May 2012

sabar itukan indah =)

marah,tegas,penyayang and so on lah..

kadang-kadang kita marah tak bertempat,
anak kecil yang sedang mengalami tumbesaran pun kita nak marah.
sedangkan budak tu tak tahu apa-apa lagi. budak kecik beb. agak-agak la nak marah kalau ye pun. lain lah da besaq panjang buat salah,memang patut kena marah.
cara qila cakap macam dah ada anak pula kan. umur muda lagi.
kita kena berfikiran matang dan berfikiran jauh.sebab kita akan lalui apa yg orang tua kita rasa.
pedih,pahit,manis,masin.. masin? ada ke??
umur qila pun da besar. 18 tahun.kita mesti rancang masa depan kita,anak-anak kita nanti. wah~ sungguh besar impianmu aqilah. ahaha~
dah melalut sudah.. balik kepada tajuk besar kita,.

marah? sifat mazmumah(tercela) yang ada dalam diri semua manusia dan sabar adalah penghalang daripada sifat itu.
walaubagaimanapun,sabar ada had dan batasnya,apabila hilangnya sabar timbullah kemarahan.
see,kadang-kadang benda kecil pun kita nak marah.sabar kita itu terlalu sedikitkan.sabar itukan separuh daripada iman.

daripada ABU HURAIRAH R.H,  ; 'Bahawa datang seorang lelaki kepada NABI MUHAMMAD S.A.W lalu berkata :'berwasiatlah kepadaku ya RASULULLAH.' lalu baginda bersabda,;' jangan engkau marah.' ,baginda mengulangi 3 kali.

ada orang jenis panas baran,susah kita nak sejukkan tetapi sebenarnya dalam dasar hati seseorang itu adalah seorang penyayang. apa motif qila cakap benda ni?? abaikan..
pengorbanan baginda lagi besar,nak sebarkan islam sungguh getir.selama 3 tahun menyebarkan secara sembunyi dan 23 tahun secara terang-terangan.masa itulah pahit getir baginda kena tanggung.kena baling najis segala bagai.tapi baginda relax je,sabar.
tapi kita ni,baru benda kecil dah marah tak tentu pasal.baru kena perli,dah menjerit terlolong,meraung tak tentu pasal disebabkan kena perli.lek r beb.kalau kita tak salah,senyap sudah dan selesaikan secara aman.

kalau kawan kita ada buat salah,maafkanlah dia.baginda pun maafkan umatnya.kita mesti ada sifat saling bermaafan kerana dapat memupuk kasih sayang dan kemesraan sesama manusia.apabila kita dapat mengawal kemarahan kita akan mendapat balasan syurga. percaya atau tidak?baca seterusnya.

daripada ABI ad-darda,dia berkata;wahai RASULULLAH,tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang dapat saya masuk ke syurga.Rasulullah bersabda; jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga.
riwayat AT-TABRANI.

Islam ni kan bersatu padu,berkasih sayang.kalau berpecah belah,habislah.anda mesti tahu apa akan jadikan.
bila kita dah tahu benda ni janganlah asyik nak marah je ye makcik, pakcik, kakak ,abang,adik,mak jemah sekalian.marah itu datangnya dari syaitan.dah nama pun mazmumah,tercela.hooray2 la syaitan merata tempat bila melihat umat manusia ada sifat mazmumah.

daripada 'Atiah r.a, Rasulullah bersabda:Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu datangnya daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air maka apabila salah seorang kamu marah suruhlah dia berwudu'.
riwayat Abu Daud.

bila kita dapat elakkan sifat marah ni banyak hikmahnya.menjauhi kita daripada hasad dengki,dendam,benci,buruk sangka dan yang tak baiklah.ada 5 kategori marah iaitu cepat marah atau marah tidak bertempat,marah pertengahan(mampu kawal marah atau marah bertempat),tidak tahu marah dan marah keterlaluan.

Imam al-Ghazali ada berkata 10 punca penyebab kita marah.rasa bangga diri,takjub kepada peribadi sendiri,bergurau senda yang berlebihan atau melampaui batas,bercakap sia-sia selain gemar membuat fitnah.
tersentap mak,nak..amek kau.kan dah terasa.sungguh~
lagi 5 jap.....
khianat,tamak harta dan pangkat,gemar membantah dalam sesuatu perkara,gagal mengawal nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.
wah~memang terasa,kalau tak terasa,tak ada perasaan la tu atau mmg tak ada sifat mcm ni,itu sudah bagus.

bila marah kita memuncak naik mulalah percakapan pun menjadi kuat,kata-kata pun tidak teratur,bahasa kasar,menghina,merendah-rendahkan orang lain. sungguh tidak sopan.peringatan kepada kita semua.bila kita marah mulalah 'aku betul,kau salah', janganlah begitu wahai manusia sekalian.

marah yang terpuji iaitu marah pertengahan,marah bertempat.contoh,mak kita marah adik yang tak solat.baginda pun ada pesan,'ajarlah anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu solat apabila berumur 10tahun dan pisahkan tempat tidur mereka'.
kiranya,marah kerana itu syariat ALLAH,takkan biarkan je.amboi~tak ambil berat.
zaman sekarang ni,mak bapak biarkan anak gadis mereka tidak menutup aurat,terdedah sana sini.nak salahkan ibubapa seratus peratus tak boleh juga,kadang-kadang ibubapa banyak kali nasihat sampai berbulu telinga dah,tak dengar juga.sama juga lelaki,asyik perempuan je kena bebel.fuhh!(tak puas hati)senget je qilah.tengok tu~ada sifat mazmumah.ish3.astaghfirullah.
nak didik anak-anak biarlah dari kecil,melentur buluh biarlah dari rebungnya.barulah anak-anak dengar cakap ibubapa dan menjalani kehidupan atas landasan syariat ALLAH.kan3??betullah.

ada juga kisah saidina ALI ketika peperangan dimana saidina Ali hampir memenggal kepala musuh tetapi musuh meludah ke mukanya dan saidina Ali tidak jadi untuk membunuh maka berasa hairanlah musuh itu
SAIDINA ALI menjawab:'Aku takut membunuhmu bukan kerana ALLAH tetapi membunuhmu kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.'
hebatkan saidina Ali,masih boleh menggunakan pertimbangan akal dan syariat  walaupun marah.sama-sama kita renungkan dan fikirkan tahap mana marah kita untuk kebaikan masa akan datang~

daripada ABU HURAIRAH R.A;RASULULLAH S.A.W bersabda; orang yang kuat dan gagah adalah orang yang bergusti tetapi orang yang kuat dan gagah adalah orang yang mengawal marahnya.
riwayat BUKHARI dan MUSLIM.

nak jadi kuat kena la kawal marah.susah sebenarnya kita nak berubah.tetapi sebenarnya kita mengalami proses perubahan.kalau ke arah kebaikan,syukurlah.hati kita yang ingin berubah apabila kita nak diri kita berubah.betul tak?tak betul,sila tinggalkan komen.mungkin ada pendapat korang tentang semua ni atau blog ni ke atau so on lah.

ok,setakat ini sahaja.ustaz dan ustajah sekalian terima kasih kerana membaca =)
#reference from website ISLAM INDAH
#yang baik datang dari ALLAH,yang buruk daripada diri ini
#buat peringatan kepada kita semua
#salam sayang dan ukhwah fillah =)
#jaga hati jaga iman~


Friday 25 May 2012

cantik sudah pemberian ALLAH~



ALLAH jadikan semua cantik.cuma kecantikan yg ALLAH bg tu berbeza .
so,kena bersyukur la ape yg ALLAH berikan kepada kita dgn kecantikan yg ada.
jangan nk persoalkan apa yg ALLAH bg dgn mmbandingkan-bandingkan kecantikan kita dgn org lain.
masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
sempurna da ALLAH bg kat kita cuma x sesempurna junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W
jangan la kita nak mngutuk kecantikan org lain sbb itu ciptaan ALLAH. ALLAH tak suka tau. tak baik. mentang2 muka cantik. nak kutuk org pulak. hati tu belum tentu cantik lg kan. hati aqilah kamarulzaman ni pun belum cantik lg . peringatan kita semua. xkire lelaki atau perempuan. muka hensem tp hati xcantik watpe. muka lawa tp hati xcantik watpe. kan3. (muka qila x lawa apatah lg hati ni) ish3.

n then kita tak payah la nak plih kwn2 yg cantik dan hensem sperti diva gitu.
buang mase je. cantik kwn tu boleh smpi akhirat ke??reput jugak mke kite nnti.
perangai pun belum tentu cantik. kdg2 kwn yg perasan cantik ni,bila kita susah die jauhkan dri dr kita, susah gak.saya ckp ni bkn semua la.segelintir je. kawan2 qila lg cantik,rupa cantik,hati pun cantik. untung sapa dapat kwn2 aqilah kamarulzaman. USNA ~ amboii.. promote kwn pulak ye qilah.  ceeh~ tak dela. but,kita nak cari kawan biarlah yg ada agama.bukan qila cakap jgn kawan yang agamanya terumbang ambing tapi itulah tugas kita untuk menjadi da'ie(pendakwah),memimpin sahabat kita itu ke jalan ALLAH.jangan pula kita mengikut perangai yg tak baik . nauzubillah min zalik.

daripada ABU HURAIRAH R.A ,NABI MUHAMMAD S.A.W bersabda;
"seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."  Riwayat al-Termizi dan al-Hakim.

tengok.. nabi pun ada pesan. kita perlu cerewet memilih sahabat kerana bertemu dengan seseorang sahabat yang baik adalah sesuatu ketenangan jiwa~ aqilah kamarulzaman da melencong da ni.. cerita pasal lain, tak pe. ilmu kan,insyaALLAH.

kejadian ALLAH itu semua cantik,ALLAH jadikan kita sebagai makhluk,hamba yang cukup sifat,sempurna da. jangan nak pertikaikan lagi . ada yang lebih cantik drpd kita. mungkin itu kelebihan dia, mungkin kelebihan kita lain. jangan sampai iman kita terkandas dengan cucuk muka sana sini. botox la susuk la, seumpama dengan itulah.ini bukan tuju kepada wanita sahaja bahkan kepada kaum lelaki juga. ada je lelaki yang botox segala bagai, muka da handsome tp botox pulak. tak patut langsung. moga ALLAH mengampuni dosa2 mereka. amiinn.

kita kena bersyukur apa yang ALLAH bagi, jangan nak persoalkan apa yang ALLAH beri. jangan lihat kenikmatan yang lebih pada orang lain tp pandang orang yang lebih rendah darjat drpd kita,sesungguhnya mengajar diri kita ini bersyukur.ALLAH beri kat kita cukup sempurna da.

#peringatan kepada semua termasuk diri ini
#yang baik datang dr ALLAH,yang buruk dr aqilah kamarulzaman sendiri
#jaga hati,jaga iman =)
#salam sayang,ukhwah fillah.




Saturday 19 May 2012

shopaholic~

pkul 10 pg keluar g jalan tar. turun je bank negara tunggu la AISHAH ABDULLAH. haha~
beli barang g mydin. byk gile cah ko beli. mcm nk g luar negara je. brg ak xbyk pon da cecah rm63 .

WAHH~patah kaki ak jalan dgn org shopaholic ni. sakit kaki thp ghaban. layan je ape yg AISHAH ABDULLAH NAK.kwn kan. asalkan penuhi ape yg kwn ak nak. layan~haha. ak xnak cari suami yg shopaholic mcm ko cah. hakhak~ patah kaki dibuatnye.

tapi yg pling ak happy dpt berjalan ngn AISHAH ABDULLAH walaupun kaki ak hampir nk patah. hehe~ nauzubillah min zalik patah btul2. xpasal2 aqilah kamarulzaman cari pasal. one more thing ak happy dpt novel S.A.U aka SUAMI AKU USTAZ. hehe~ terima kasih ecah lyn ape yg ak nak.haha~ pastu beli la sekali bku sejarah stpm baharu.xmenahan. xsabar tau nk belaja.nak2 masa pertama ari isnin ni sejarah nye subjek. aku pulak minat sejarah~nak wat camane.

cari kasut pulak,kasut sukan la ,kasut jalan la. haha~ layan~ time tu kaki ak da sakit sgt2 da. haha~ ak rase tak habis2 lintas jalan. haha~ wt lwk je. org lain tgk,lari mcm ape. ape kesah,aslkan seronok .

nak gi makan pulak,kena lintas lg. lari lg mcm kne kejar hantu. haha~
g KFC ,da masuk da, keluar balik, ramai sgt.. pegila bersama aishah abdullah ke SOGO,jauh nye. ak da la xsbr nk dduk ni. hoho~ ikut jela,aslkan dpt dduk nnti. ecah da xlarat nak jln ,mcm mak jemah tepi jalan bwk brg nak lari rumah da. haha~juz kidding ye ecah~ ak ckp la sorg2,mne ko nak bwk ak ni cah,ak penat la..
mne kfc nye,ak xjumpe pon. rpenye yg nmpak MCD, xpela ,aslkn perut ak terisi. ddukla hjung skli. fuhh~
lega sgt2. haha~ da order ape sgle, makan2,borak2 ape cite,mcm2 cerita. smpi la pkul 2.30 petang. jalan jap sbelum balik,padahal xde tempat pon nak dduk,pns adela. terbakar rasenye,boleh bakar ikan da. haha~
xpasal2~ pegila naik ats kt stesyen lrt tu, nak dduk kt tangga,tp malu kot.. berdiri la tepi tangga,borak2 da smpi kol 3 petang,tata cah .haha~
pepon,happy jln ngn AISHAH ABDULLAH. ak rse byk kli kite hang out ,kli ni byk gile brg kite beli. haha~ seronok~ tp duit.......... melayang~~~ sedap je...... nak wt cm mne.. hoho~duit2.. syg kot.. hakhak~ bkn mata duitan ea. tp syg duit. haha. thanks a lot cah,layan ak yg penat  ni,hehe~

Wednesday 16 May 2012

kehidupan baru~

3 hari berlalu di SMK RAJA ABDULLAH.pg2 da kne kluar pegi sekolah. hoho~ rse mcm mls je,sarapan pun tidak.loya je memanjang ble pagi.takut mmg takut bila masuk skola baru.STPM la ktekan.hari pertama ma ikut skli g daftar.punye la tkut ditinggalkan oleh ma.haha.ma kate mcm budak drjah satu.yela. xbiasa kot.tunggulah smpi perhimpunan abis,ksian kt ma,sorry ea ma,anak ma mmg cmni.xreti2 lg,da besar tp mngada-ngada nk sruh ma tnggu.padahal boleh je dftr sndri.hehe.da la ma nk g keje pstu kne tempuh jem lg ,sorry la ma.arini je,pastu da x da.ma pon temanla.time kasih ye ma.. hoho~ hari ni,rabu.ma hantar g skola. punyela bosan kt skola. tak meriah langsung dorg nye hari guru.(kuajak,mengutuk skola sndri)da la lower 6 kne campak kelas mne tah.rpenya kls f6 la kan. mcm org ape je. nasib bdn la ad kwn borak2. penat gelak bercerita ngn dorang. (da ad member,haha)peramah la katekan.(perasan).

balik skola awl hari ni,hari persaraan puan pengetua,hajah azmah bt. rajion. fuhh! bru 3 hari ak skola situ ingat nme pengetua. hebak mu qila~ haha. naik kereta member,die yg hantar. byk kli salah jalan hantar lg sorg member kat batu muda. haha~da cuak da kwn ak tu. sblum gerak tu bace la doa knderaan kan. mle2 ok je die bwk.skli tu slh jln dan hampir nk langgar teksi.hoho~xsengaja ,nk buat mcm mne.ampunla teksi ye. lepas hantar hazirah kat batu muda,hampir terlanggar kereta org cina tu,kwn da bg signal da,siap nak hon sgle bgai. sory le. pemandu berhemah bwk ni . bgla laluan ,aigoo.. haha. nak hantar ak pulak kt jalan duta. pakguard kt gate pertama,mcm nk mrh je.. yela,mne ad sticker kereta yg mnunjukkan tinggal di kuartes kerajaan kan. kwn siap nk mrh2,haha. 'ak ad lesen la,nak mrh2 ak apsal.haha.pemandu berhemah ni' haha. gelak jela ak. harini gelak je,gelap hati aqilah kamarulzaman . ish3. astaghfirullah~ dduk ngn dorg mmg jd bertambah gile2 la otak ak. dduk kt saiyidah gile2 gak kepala tp dduk ngn dorg bertambah gile kple otak.. xpe. biar kepala gile2 tp hidup dteruskan atas syariat ALLAH.

Friday 11 May 2012

USNA~ saranghaeyo fillah abadan!!

sahabat,kau sesungguhnya
temanku dikala suka dan lara,
tikaku buntu diselubungi sendu,
kau tiupkan ketabahan,
untuk ku ukir senyuman,
#sahabat,devotees

lagu  ni utk korang~
selamat berjuang ye korang hingga persada dunia, ak nk tengok korang da berjaya dan memegang status berkahwin apabila 6 tahun akan dtang,haha.. seronoknya..jika dipanjangkan umur dan dmurahkan rezeki utk jumpe korg lagi la ye..

ummi thuraiya,siti hajar,nur amalina,nur hafizah,nur mujahadah,nur hanis affizah,aimi syahanah,afifah aminah,aishah dan aslinda .. ak,aqilah kamarulzaman..(skema)haha. mintak maaf dr hjung rambut smpi hjung kaki,selama ak hidup ngn korang,berkongsi sgla ape2 la,minta maaf dan halalkan ye, btul ak tak tipu,ak syg sgt2 korang..korang la yg selama ni bersama sama ak,kite sntiase berkongsi duka dan suka, kejar lari same2,makan same,lahap same,pegi skola sme2,siap kire langkah dr pgr asrama ke kelas. gelak sme2,nangis sme2.lepak sme2,blaja sme2,tdo sme2,solat sme2..time tu semua ,sweet sgt2 ble kenangkan balik.ALLAH je yg twu betape sygnye ak kt korang..bile time gaduh tu nmpk sgt kite xmatang kan??haha,klaka bile ingtkan balik,kdg2 kite gaduh bnde kecik je pon tp smpi tak bertegur..klaka2 ,. tp kite gaduh2 sekejap je kan,ego jgn dibuat main.haha.siang kite gaduh,petang da tgur balik da,siap gelak2 lagi. kdg2 cm tah pape.haha. dan kite slalu gelak ghabak2 smpi ad yg xske kite kan,, haha. tp relax n smooth. haha.

UMMI,ko blaja rajin2 ye amik foundation of human science kt iium,pj .. jgn tekanan sgt ea.
AISHAH; ko dpt um kat klate blaja rerajin ea. jgn mls2, tido jgn terlebih,haha,ko kan otak genius.haha
HAJAR,LINDA,HANIS; ak xtwu pecer korang ,text korang xnk bls.. xpe2 ,ak doakn  korang yg terbaik smpi korang berjaya dunia akhirat.. amiinn..
AIMI ngn AFIFAH; korg lain skola,tp tetap dihati ak.. hehe. fifah amik stam,smoge berjaye hingga akhit hayat,dan tercapai ape yg kau hajatkan, aimi,ak doakn kau mnjd chef yg cemerlang dan solehah.. amiinn,
MUJAHADAH;da masuk itqan lme da. ak doakn ko mnjd hafizah yg solehah,cemerlang dunia akhirat yg dpt memartabatkan alquran dipersada dunia.amiin..
FIZAH;ko belaja rerajin ea..ingt ak ni,haha. ak doakn yg terbaik buat ko ,berjaya dunie akhirat.moge hajat kau tercapai.amiin..
AMAL;uitm,n9.. jauh dr kuarge ko kan,belaja rajin2 ea. ingt ak ni. hehe.

ape pon ak doakan yg terbaik tuk korang dunia akhirat,menjd solehah yg cemerlang.amiin.
love u all~
tak twu nak ckp pe da.. haha.
korang jge dri baik2 ea.,kalo xsihat,jgn mkn panadol tp minum air byk2.panadol xelok sgt. boleh bwk penyakit.rajin2 senam(haha,ak pon mls nk bersenam).
ingat ak sentiase krn ALLAH. biarlah ukhwah kite ats landasan krn ALLAH yg dberkati sbb nnti dpt jumpe korang kt syurga nnti..amiin..
ok 2 je.. ingt pesanan ak tau..
drpd ak yg byk kelemahan ...
doakn ak juge..
moge korang bahagia mendapat ketenangan jiwa,kaya iman,kaya ilmu ye,amiin..
#salam syg,ukhwah fillah abadan =)

sindir atau tegur berhikmah ??

pernahkah kita tegur sahabat kita dgn baik ?? dgn cara menasihati atau menyindir??
manusia tidak pernah lari drpd kesilapan.
masing2 ad kelebihan dan kekurangannya..

contoh teguran;pertama:
"ko ni agak2 la. pakaian tak cukup kain, pastu mulut mcm ape!!"
kedua:
"sahabat,ALLAH jadikan manusia semua cantik. cuma perbezaan paras rupa yg menampakkan kelainan. ALLAH tak suka orang yg mengutuk ciptaanNYA"

lihat .. berbezakan cara teguran diatas walaupun dialog itu berbeza.
anda rasa mana yg lebih baik  tegurannya?? mesti yg kedua kan..
kite pernah disindir tak ?? sakit tak didalam ??
sakitkan.. kite mesti akan rasa sakit bile orang menegur kite dgn cara sindiran.. menusuk qalbu(hati).

kita nak tegur orang berfikir dahulu sebelum bercakap, jangan main terjah. kadang2 orang lain tak ambil kisah pun perasaan kita bila kita ditegur dgn cara sindiran.sakit memang sakit.tapi,kita janganlah berdendam,marah tak tentu pasal sebab akan memakan diri kita juga.tak guna kan.tiada faedah pun yg kita dapat.tapi apa yg perlu kita buat dgn muhasabah diri kita,fikirkan,'mungkin kita pernah tegur orang lain dgn cara sindiran,mungkin kita perlu ubah diri kita menjadi lebih baik'.. memang ia dianggap sensitif apabila ditegur.pernah terjadi pd saya sendiri.tapi takkan saya nak hentam orang tu,takkan saya nak marah tak tentu pasal.tak guna.cuma hanya berdiam diri dan muhasabah diri. jadikan sindiran itu sebagai pengajaran buat kita,jangan jadikan sebagai putus asa untuk terus maju kehadapan dgn lebih baik.

kadang2 kita tak sedar cara kita menegur sahabat kita.bila da tgk muka  kwn kita kelat semacam je,minta maaf la ye,jgn wt dono pulak.tu namanya tak ada perasaan.bila kita nak tegur sahabat kita tu biarlah berhikmah,beri nasihat.ini tidak suka suki nak sindir,sakit la hati kwn tu,macam mane kwn kita nak berubah kalau kita tgur dgn sindiran,tak pasal2 makin menjadi pulak perangai kwan kite ,nauzubillah.. so,elakkan ya sindir2 ni, tak baik tau. cuba kita kat tempat kawan kita yg kena sindir tu,mesti sakit sangat2 macam nak sepak kwn tu kan,ish,tak baikla nak sepak2 kwn tu,tak elok.

and then,bila kita nak tegur kawan kita tu,biarlah bertempat,jangan dikalangan orang ramai,mesti kawan kita malu nanti.kesian dia,tgk masa dan tempat.nanti ukhwah kita dgn kwn kita berantakan.terukla jadinya sampai jadi api permusuhan.bergaduhla,kita nak ke macam tu.syaitan gelak ghabak berguling-guling tak tentu pasal bila kita memutuskan silaturahim antara saudara kita.ALLAH tak suka tau.ingat ya..

Imam Syafie' berkata: 'nasihatilah diriku dikala aku sendirian,janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat dihadapan umum adalah sebahagian penghinaan yang tidak aku suka mendengarnya,jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku,maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu'.

see,, boleh menjatuhkan air muka kwan kita.kesian kawan kita.tak pasal2 kena tanggung malu. kalau kita tak nak kena macam tu,jangan buat macam tu juga kt org lain.renung2kan..

selamat beramal~
yang baik datang dr ALLAH ,yang buruk dari aqilah kamarulzaman sendiri.
#salam syg,ukhwah fillah.

Wednesday 9 May 2012

Milik Siapa Sebenarnya ??

pikir punya dr haritu lagi. x ke berabad dr sabtu lps. hmm.. baru lepas solat dan mengaji. bace alquran kena amalkan. baca dlm 2 helai ok jugak kalau xsanggup,2 muka surat jdla. kalau xsanggup jugak  1 muka ok r tu.. kalau xmampu jugak , 1 ayat pun jadila. kalau xmampu jugak, pikir2 la sendri ye. mcm mne la nk buat menantu yek.. pk 2 kali terus reject.. haha. just kidding. hoho~
iklan je ni  ~

A:(membelek muka dcermin kereta pemilik B dgn selamba kodoknye.. bajet macho la tu)
B:WOI!! ko buat pe ha ngn kereta ak,siap belek2 muka kau 2 kat cermin kete ak, ko blah sekarang !! pk muka handsome sgt la 2.
A:EH!biasa la,,mmg muka ak handsome,.. sorry la kalau sibuk kt kete ko. jap2 .... ak nk tanye ko la jap.
kite dtg daripd siape??
B: ALLAH. apsal ko tanye??
A:kite kembali pd siape??
B:ALLAH. apsal ko tanye ngong??bab2 ni ak mmg terer  jwb.  yg ko tnye2 lg apsal.(muka bajet)
A:agak2 ko la kan,kereta ni sape punye ek??
B:(mengerut dahi)ak punye la ngong! xkan ko punye pulak.. wt lwk la ko ni..
A:a'ah! ak wt lawak .. ak minta maaf sbb kacau kereta ko, tp ko pk la ape yg ak ckp 2, ko da besar kan.ko jgn bangga2 sgt dgn kereta yg kau da ad ni.ak cau dlu.. assalamualaikum..
B:waalaikumussalam(pelik)


##ada pengajaran disebalik cerita.. agak2...



mana milik kita,
tidak ada milik kita,
semua yang ada,
ALLAH yang punya.
#dipetik drpd lagu MANA MILIK KITA, RABBANI

baiklah,renungkan2..
semua yg ada pd kite ni,jgnla pk 2 milik kite seorang, tp fikir2kanlah bhw yg memberi itu adalah dtg dr ALLAH sebenarnya. memang itu usaha kite untuk mendapatkannya,mcm dialog di atas td. pihak B sudah usaha untuk membeli kereta dgn bekerja mengumpul wang yg banyak,bekerja keras mencari kereta yg cantik.. tp dia tidak berfikir bahawa yg dia dpt kereta itu dtgnya dr ALLAH. ALLAH MAHA MEMBERI kan.ada tak kita berfikir benda ni.walaupun tu usaha kita tp semua 2 dr ALLAH. so,kena bersyukur.  jgn nak fikir 'penat2 ak usaha,ko pulak yg amek,byk cekadak.tu milik ak sorang tawu x' .. fikir2kan lah ye, kdg2 kite tak terfikir pun yg semua ni dtg dr ALLAH kan. kita ni manusia kdg2 leka dgn duniawi smpi xreti nak bersyukur. peringatan kpd saya juga. mmg kita anggap sesuatu brg 2 kita punya,sbb pki duit kite. tp duit 2 dtg dr sape?manusiakan?tp siapa bg ilmu kt manusia  yg buat duit tu?? mestilah ALLAH kan.. tula. kdg2 kita tak sedar dri sebenarnya semua milik ALLAH.
bila brg kita di ambil org,janganlah meracau,mengamuk segala bagai. bila kita xdpt sesuatu yg kita nak, jgnlah marah xtentu psl.fikirkan,mungkin ALLAH bg lebih baik dr 2,fikir dan fikirkan, bhw bukan milik kita sebenarnya. muhasabah dri kita..
DUNIA ni hanya SEMENTARA je. negeri abadi di akhirat sana.
semua yg ada kt atas muka bumi ALLAH , semua bukan milik kita , ALLAH yg punya,
tgk zaman sekarang ni. ada ke patut tebang pokok sesuka hati tanpa had,pembalakan haram merata sana sini. buat pembakaran terbuka sesuka hati, agak2 apa yg dapat?? keseronokan?? duit?? ketenangan jiwa??iman makin bertambah??ALLAH suka ?? renung2 kan...

#yg baik dtg dr ALLAH, yg buruk drpd diri saya sendri
#salam syg, ukhwah fillah~
#moge ALLAH memberkati kita semua,amiin.

Monday 7 May 2012

kedah~

baru balik dr kedah. perluke bgtwu.?? suka sukiku la nk bgtwu ke taknak.  hantar my sis at kolej universiti insaniah alor setaq dlm course perubatan .. wow~my sis bakal jd doktor. insyaALLAH. kakak,qila doakan kau jadi doktor muslimah solehah yg cemerlang dimata ALLAH. amiin.. ak pun ad apply asasi pengajian islam. da dpt. tp.......... fulus tak ad. sian ma ngn abah. nak cari duit merata tempat. sobsob~ sedih. redha la . buat yg terbaik. rezeki ada kt mana2 kn. ALLAH nk uji tu. sabar itukan iman. sebenarnya ade cerita dsebaliknye.......................................hanya ALLAH yg tahu .husnuzhon kt ALLAH ye aqilah kamarulzaman..  insyaALLAH ,ada tu..........

Thursday 3 May 2012

muslimah mawar berduri~

asslamualaikum ~
bak kata ustaz adnin razak>> 'JAGALAH HATI'

macam saya bace novel fatimah syarha , cinta high class ,, nak jadi muslimah yg baik knelah taat  perintah ALLAH dan RASUL..

Perlukah kita terima cinta seorang lelaki yg belum jd suami kita??
sudah tentukah boyfriend kite 2 jd suami kite??
perlukah kite terima cinta seorang lelaki yg tiada jaminan ape2?? PERLUKAH??
kite nk jadi muslimah yg terbaik mesti kite nk seorang lelaki bernama suami hingga ke syurga kan..

contoh la kan ,lelaki 2  kawan ngn kite mcm biase,, ttbe die nk jadikan kite sebagai isteri.. kirenye kite terima cinta lelaki 2 sbelum nikah..
2 kemungkinan akan berlaku akibatnye..
pertama>>  mungkin ptus tgh jalan kemudian payah nk sembuh.. kata kaedah syarak > siapa yg tergesa-gesa mahu cepat akibatnye dia tidak dapat.

kedua>>berkahwin tanpa asas yg membina taqwa tp asas yg mendekati zina.yg kite terima cinta sbelum nikah la kirenye.
ok, kite tgk dua2, yg pertama kalaulah kite ptus cinte, mesti berendam air mata, hati perempuan ni sensitif skit. nk ke jd cmtu.. erm.. pastu mls nk studi dah.. 2 da thp overboard da 2.. jgn begitu ye..
kalau yg kdua td,, mestila seronok kn kahwin tp seronok ke kalau bahagia tnpa asas yg membina taqwa, da lmbat baru sedar dan bertaubat baru kite rse bahagia ,tenang dan tenteram. kite mesti nak bahagia dr awal perkahwinan hingga akhir hayat . so,pagarlah dri kite dr cinta mne2 lelaki.x rugi pun .

lelaki ni suka menguji kite dgn kata2 yg manis bahawa kite layak tak menjadi pendamping hidup dia . kalau kite terhegeh-hegeh dan senang percaya dgn kata2 keramat tu ,dia nak main-mainkan kite je. kalau kite ad prinsip mesti die akan hormat kite.
prinsip kite mestilah jauhi lelaki kan.. so,JAUHI DIRIKU,DEKATI WALIKU..
kalau dia berani dan betul2 mencintai kite mesti die trus jumpe mak ayah kite..kalau die xberani maknanye die nk main-mainkan kite je.. kalaulah die pemalu.. bajet konon ! xmalu pulak mengurat ank dara orang. plik2. kalau betul2 pemalu yg  teramat ,, ambil org tgh utk berjumpe dgn mak ayah kite, kan senang. islam ni mudah je, kite mestilah nak suami yg beragama kan,. begitu juga  lelaki nak pendamping sayap kiri die seorang yg solehah.perempuan yang baik dengan lelaki yang baik. insyaALLAH. kalau umur die baru 18 thun ke,kirenye muda lg la,da jtuh hati kt kite , jumpe jugak mak ayah kite..kalau xberani 2 , nmpk sgt main2 je. besarkan benda ni. CINTA benda besar, mane boleh main2. dlm hadis >tiga perkara yg serius dianggap benar2 serius ialah nikah,cerai dan rujuk.(dirwayatkan oleh Arba'ah kecuali AN Nasa'i. dihasankan oleh AL-ALbani dlm al-Shahihah)

kalau die berani datang walaupun umur awl,muda lagi. nikah cepat. hadis RASULULLAH S.A.W >> Tiada yg lebih layak dua orang yg saling menyukai kecuali nikah. riwayat ibnu majah. LOOK! baginda pesan kt kite. pd zaman RASULULLAH umur 18 da nikah, jd ketua hakim negara. ada ke zaman sekarang mcm 2?? matured yg berwibawa??

kalau ada urusan yg penting melibatkan lelaki dan perempuan ,boleh je,, islam pun x larang,tak payahla buat muka garang segala bagai kan. buat mcm biasa suda.,bincang dgn profesional. kalau dia usik kite ,wt dono je,. tunjukkan akhlak muslimah kite dgn tidak membalas kata2 yg hina,kotor. jaga akhlak muslimah kita dgn sopan,lembut,hikmah dan tidak tengking2, bila akhlak kite rendah kita cakap kasar,kerana kekasaran itu dineraka.semua xnak kan, sye pun taknak(peringatan kpd aqilah kamarulzaman). so,tinggikan akhlak dgn budi pekerti..
#reference from book CINTA HIGH CLASS, FATIMAH SYARHA.

conclusion drpd saya>> JODOH itu PASTI. ALLAH da tentukan lg jodoh kita. macam MAUT jugak , tak kire usia kite matikan.antara muda ngn tua je. jodoh 2 tak kt dunia , kt syurga lah ia. insyaALLAH. jaga HATI kite dan persiapkan dri.

kalau kita ini dikatakan sombong dr pihak lelaki. katakan pd dri kita , ak menjaga driku dr maksiat.
kalau kite peramah berhabis,biarlah kite peramah dgn suami kita.
#muhasabah dri,jaga hati,persiapkan dri. insyaALLAH. kite boleh.
so,take care your heart because heart is everything.
ALLAH tidak memandang paras rupa tetapi memandang HATI-HATI kita semua.
#salam sayang,ukhwah fillah~

Wednesday 2 May 2012

keliru!

baru je lps bace al-mathurat ngn quran.
asek pk kate2 ma td..aigoo.
ma mcm mne.
pdn la tgh hari td mak ak tnye ,stpm ble?ak ckpla dftar 8 mei.maktab kelulusan SMA ble?14 mei..
alaa,lmbatnye,mak ak suruh  tepon yg stpm 2 mintak tangguh,npe?qila xnk la..stpm...
mak ak suro msuk stpm ,senang nk jejak u .tp kan ma upu kan 7 mei,mcm mne, kalau qila dpt ipta ,mcm mne..
weyh..susahnye nk wat pilihan..ma kate for your future.hebak mak ak speaking. i know mom.kputusan ma adalah yg terbaik..i juz follow u. but i need time 4 thinking my future.
debar2 n xtawu nk wt ape sekarang ni.
now.my decision adalah istikharah~
ya,ALLAH.ak mohon petunjukMU !

Monday 30 April 2012

lelaki vs perempuan

ukhwah?? perluke kawan dgn lelaki atau perempuan kwn ngn lelaki.. ermm . bak kate kwn ak.. ukhwah 2 mmg ad dmne2 je,,tp ats urusan yg penting ,berdakwah.. nak berkawan boleh,ALLAH xlarang ,yg membuatkan ALLAH larang adalah ape yg kite buat dgn die sepanjang kite berkawan. adakah sepanjang kite berkawan 2 berguna pd agama, adakah sepanjang kite berkawan 2 ad x kne mngene dgn ALLAH suruh ..
malah lagi kite buat yg ALLAH larang. niat baik nak berdakwah tp caranye salah. cth, dpt nombor fon msing2, mule2 mesej ringan je, pastu da pndai call. bg tazkirah , ingatkan tahajud sme2 dan lain2. tak ke dose kering 2 nmenye,ni pesanan kwn sye yg ingin berdakwah bergabung lelaki dan perempuan. "dakwah  yang djalankan atas mencari cinta si dia adalah sekeji keji dakwah"..

Friday 27 April 2012

assalamualaikum..

jwb jgn xjwb..dose kang. awl arini ak blogging.agaga...
bekerja sbgi suri rumah da siap tuk rini. tinggal baju xsidai lagi. lek lu.. pg blom terang lagi . huahuahua.. bsuh pinggan da,kms umah da,sapu da,lap meja makan da.kms dapur da. ape lagi.. ??ckupla 2,nk lebih2 plak kau.
arini ari jumaat yg penuh berkat,insyaALLAH, dmana ari jumaat berlakunye ari kiamat. tbe2 ckp bnde ni tkut plak. ingt mati baguskan .

smlm ad ke patut kakak ak ckp 'qila,ko xyah blaja la.ko keje jela. duet berkepuk uh, penuh poket ko nnti'..
bykla ko kak,ak belajar tinggi2 ,ad org nk pnggil ak bg twrn . keje terus?? bg la ak blaja dlu eh, alaa, t ko kawin suami ko bg ko duet jugak,bak kate kakak ak, kang.suami ak 2 xnk bg ak duet,pecer.. hoho~ nauzubillah.pe jenis suami xbg ak nafkah,aish.. bg la ak blaja dlu walopon ble ak da kawin ak jd suri rumah tangga spenuh mase, hahaha. xnk keje . biar sijil terperuk dlm almari. pk trlebih overboard plak ko ni.
pastu ad ke patut my mom ngn kakak ak suro jd nurse. tawula sains ak A . tp saye tidak berminat utk jd nurse. fmily support jd nurse, tp qila xnk ,ma.. ampun. pakaian boleh la dkategorikan mnutup aurat, tp xbiase r. nmpk jugak susuk tubuh. ampun~sye xnk. harap maklum.
petang ni nak g amek my younger sister. untungla aya ..kakak ko amek ko kt TBS, spe yg xtawu 2,ak xtwu nk ckp ape. nk2 org kl, 2 la xmerantau. ampun kalo terase. pegi TERMINAL BERSEPADU SELATAN dgn mnaiki tren ktm .. petang kot. peh. sesak smpi xckup nafas. aya, ko kne blanje ak tmbng tren rm1.90. sobsob~
kalo naik kereta xpela.. boleh la ak bwk round kl. haha.berangan ko qila.

Thursday 26 April 2012

pilihan~

sobsob~da dpt keputusan ,bahawasanya aqilah kamarulzaman tidak........................
xpela qila,dont sedih2 ok. mungkin ALLAH bg lebih baik drpd 2 kan.. ALLAH pun ad cakap dlm alquran ; boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. surah albaqarah ayat 216..
so,qila redha apa yg ALLAH tetapkan. byk lg pilihan yg kau boleh pegi.

KOLEJ INSANIAH>da dpt,org 2 ckp da dpt tawaran. tp surat xsmpi lg. daftar pun lame lg. 25.6  .. lamekan.tp bgus tempat.dlm suasana tarbiah.dpt bidang asasi pengajian islam.ok ape 2 .bila da masuk tempat 2 kne pki tdung labuh . insyaALLAH. insaniah da terpahat kt hati ni,cuma kena wt pilihan.

KOLEJ ISLAM MELAKA>kuim..dpt surat petang td.. aigoo. tawarannye adalah. diploma sistem maklumat perniagaan fakulti inovasi perniagaan dan perakaunan. xminat..harap maklum~dia tgk result. perdagangan ak A ,2 yg die bg bidang 2,xpe. kompem saya x terima awk, sumimasen. asif jiddan2.

SULTAN MUHAMMAD,MELAKA>hoho~ qila dpt f6! x caya. eccehh~ poyos jak. aliran agama la .xkn aliran kemanusiaan plak. kdg2 hati ni nak pegi. daftar kena 8 mei. abeh upu macam mne. keluar 7 mei. xpe2 . kompem x masuk. sekolah lelaki. saya tak biasa.harap maklum.~ampun.

UPU>bile nk kluar ek??xsilap 7 mei.tunggu jela ,lgpun insaniah lmbt lg. mcm2 ak mhon . xingat apa yg ak mintak.

apa2 pun,kita hanya mampu merancang , ALLAH yang menentukan. ,qila. terima apa yg ALLAH bg. ak redha  ats ketentuanMU.kat mana2 pun boleh timba ilmu ALLAH kn,menjd da'i adalah impianku,insyaALLAH.

GO!GO! gAmBaTeNe~

Wednesday 25 April 2012

IN-TEAM - SITI KHADIJAH (MV) NASYID



nak jadi macam siti khadijah,isteri RASULULLAH..bolehke??insyaALLAH..boleh.

susahkan nak berubah?

susahkan nak berubah,,tp jgn jadikan alasan qila. wake up.. u can doit.. but i want to support from anyone,can u support me for change myself.??spe la nak bace ak punye ni kan,aigoo.
nak berubah mmg susah tp sebenarnya hati kite je yg pyh skit.org xboleh nk pakse kite utk berubah sbb kita yg nak berubah atau xnak je.hati kita nak atau xnak je.. LOOK at ur heart,aqilah. tgk?tgk ape?? hati kau la bijak .
kau nak berubah kan,,so.muhasabah dri.sucikan niat,ikhlaskan hati. insyaALLAH, boleh.. ermm.
tp kalau ikutkan dri je ,ikut kepala je xnk berubah,pk2kn lah ye.nk masuk neraka ke aqilah?? xnakkn...

ill try myself,,YA ALLAH,bantulah hambaMU ke jalan MU yang benar,.
cantikkan rama2 bila pandang,cantik jugak bila jd muslimah yg solehah,insyaALLAH,i can doit. ALLAH kan ada..

nasihat pentingkan..


Dari Jarir r.a katanya:"Aku berjanji kepada Rasulullah s.a.w akan setia dan patuh dan memberi nasihat kepada setiap orang muslim. Lalu beliau bersabda kepadaku:"Lakukanlah sekuasamu."
(Riwayat Muslim)
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda "Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:"Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?" Maka ia menjawab:"Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya."
Riwayat Bukhari & Muslim
1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.

2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (idola) untuk diikuti.

3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti 'ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus '. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang 'cakap tak serupa bikin'!.
"Daripada Abu Hurairah r.a. katanya:" Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda (yang maksudnya): "Biarkan dia (hingga selesai ia membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau segayung air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan."
Riwayat al-Bukhari
1. Teguran Rasulullah s.a.w di dalam hadith tersebut adalah sebagai panduan kepada umat Islam agar bertindak dengan penuh hikmah dan menegur secara baik. Bahkan ia termasuk di dalam strategi dakwah yang amat penting.

2. Masjid merupakan tempat suci yang amat perlu dijaga kebersihannya. Oleh itu setiap ahli jemaah mestilah mematuhi peraturan masjid yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid agar memberi kemudahan kepada semua pihak.
3. "Memudah dan tidak menyukarkan" adalah antara prinsip asas Islam yang harus diutamakan dalam melakukan segala perkara selagi mana ia tidak melanggar batas-batas syarak.

Nabi pernah menyatakan bahawa tekanan paling berat yang pernah dirasakan baginda sewaktu berhadapan dengan orang Quraisy ialah apa yang pernah baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina iaitu ketika baginda pergi ke Taif untuk berdakwah. Di sana baginda berharap agar penduduk Taif akan menerima dakwah baginda dan melindungi baginda daripada keganasan puak Quraisy.

Namun yang sebaliknya pula berlaku apabila baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah. Dalam peristiwa ini Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk membantu baginda membinasakan puak yang menentang itu dengan cara membinasakan mereka sebagaimana yang berlaku pada kaum-kaum sebelumnya. Namun sebagai seorang Nabi baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan tersebut dan masih mengharap supaya kaum yang melampau itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu sebenarnya adalah disebabkan kejahilan mereka.
أُبَلِّغُكُمْ رِسَالاَتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Aku sampaikan kepadamu amanat-amanah Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui
(al-a'raf;ayat 62)       #iluvislam.com

muhasabah diri kita

bismilahirrahmanirrahim,,

dalam hadis NABI MUHAMMAD S.A.W bersabda;
ad 3 perkara yg kekal apabila berlakunya hari kiamat,
'sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yg soleh'

ok,kita tengok part doa anak yg soleh.tengok balik dri kita,, kita doakn x ibu bapa kite atau ank2 doakn ibu ayah..tgk ank2 kite..jap,harap maklum la saye xde anak dan belum kawin lagi.muda lagi.
cth mcm kita sekarang ni,muda lagi kn,tgk dri kite.ikut syariat ALLAH x?ttup aurat x?solat cukup 5 waktu x? tengok diri kita ,ad x benda basic dlm dri kita 2,tgk balik..baru benda basic,belum lagi yg dlm2 lagi.. muhasabah diri kite ok..saye cakap ni bukan saye ckp baik sgt tp teringat akan mati.kalau xde neraka,da lama sye x buat blog atau blablabla..
mulakan hari anda sekarang utk muhasabah diri,mulakan perubahan sikit demi sedikit.insyaALLAH.bykkn doa.

ok,pasal aurat..
wanita yang diutamakan,bukan wanita je bahkan lelaki pun ad aurat.cuma lebih berat aurat wanita drpd lelaki.
sekarang ni kite tgk zaman sekarang,mcm2 fesyen tdung ad,baju pun ad.
aurat wanita seluruh anggota kecuali muka dan tapak tgn,ni aurat dgn lelaki ajnabi(yg boleh kawin), qila rasa semua tawu bab ni tp ad yg x amalkan, bak kata IMAM SYAFI'E;ilmu tanpa amal,sia-sia,amal tanpa ilmu,gila.
kita tgk,penat belajar tinggi bab aurat,tp xamalkn ,sia-sia je.buang masa.ad juga yg xtawu,so belajar la,x susah pon,senang je.kalau da tawu aurat 2 wajib,kene ttup.da tawu,tp xttup aurat,tnggulah azab diakhirat kelak.
kesiankan la mak ayah kite,nk2 ayah kita ,tanggung dosa kite dr kecik smpi besar.fikir2kanlah ye. renung2kan la ye wahai wanita..yg bergelar wanita .
so,bila dkatakan muka dan tapak tgn boleh buka.,semestinya kaki pun kne ttup,pki stokin wahai bidadari syurga kelak,jgn pki stokin je,tp biarlah yg btul2 ttup,jgn jarang dan stokin 2 kene la panjang,kalau pendek bile jalan nmpak jgk kaki kan..tudung pun kene labuh skit,ttupla dada .dalam quran pun ALLAH berfirman;tegurlah istri2 kamu dan anak2 kamu,tutupla hingga ke paras dada.ini hanya kesimpulan shj bkn mendalam.xpham ,beri komen,dan jgn lupa juga .tabarruj2,dont ea..Rasulullah pun xajar.sekarang ni mcm2 ,ad fesyen plik2,tp rmi yg pki,nk pki pashmina bole,shawl boleh tp biarlah ttup dada ok,tepi bahu pun kne jugak.nk masuk syurga kan,azab kat akhirat apabila seseorang membuka auratnya,rambutnya.bdn dlm keadaan terbalik dan mendidih.kita nk ke macam 2,xnkkn.so,lakukan perubahan.asalkan sucikan niat,ikhlaskn hati.insyaALLAH..
powerkan..hehe.aurat lelaki akan menyusul..

sabar..

sabar jela..tahap kesabaran masih ad.nk remove timeline xboleh.byk kli cuba,xboleh jugak.nk je ak cepuk fesbuk ni..adeyy.xboleh jugak.ad ke patut die buat timeline.ramai yg bengang.byk nau mata gaknye nak tengok belah knn kiri.geram je ..menjerit ak satu rumah.drpd ak sibuk nk buang timeline 2,baik ak blogging.

kuikuikui.
keje rumah da siap,jd suri rumah spenuh masa dlm bape bulan ek.gaji xde,harap maklum..
mnggemukkan dri kt rumah,ad ke patut.boring dduk rumah je.seb baik ko ad laptop,kalo x berguling guling ak dlm rumah ni,dr depan smpi dapur.ahaha.
kesengalan telah berlaku jdnya.