Friday 11 May 2012

sindir atau tegur berhikmah ??

pernahkah kita tegur sahabat kita dgn baik ?? dgn cara menasihati atau menyindir??
manusia tidak pernah lari drpd kesilapan.
masing2 ad kelebihan dan kekurangannya..

contoh teguran;pertama:
"ko ni agak2 la. pakaian tak cukup kain, pastu mulut mcm ape!!"
kedua:
"sahabat,ALLAH jadikan manusia semua cantik. cuma perbezaan paras rupa yg menampakkan kelainan. ALLAH tak suka orang yg mengutuk ciptaanNYA"

lihat .. berbezakan cara teguran diatas walaupun dialog itu berbeza.
anda rasa mana yg lebih baik  tegurannya?? mesti yg kedua kan..
kite pernah disindir tak ?? sakit tak didalam ??
sakitkan.. kite mesti akan rasa sakit bile orang menegur kite dgn cara sindiran.. menusuk qalbu(hati).

kita nak tegur orang berfikir dahulu sebelum bercakap, jangan main terjah. kadang2 orang lain tak ambil kisah pun perasaan kita bila kita ditegur dgn cara sindiran.sakit memang sakit.tapi,kita janganlah berdendam,marah tak tentu pasal sebab akan memakan diri kita juga.tak guna kan.tiada faedah pun yg kita dapat.tapi apa yg perlu kita buat dgn muhasabah diri kita,fikirkan,'mungkin kita pernah tegur orang lain dgn cara sindiran,mungkin kita perlu ubah diri kita menjadi lebih baik'.. memang ia dianggap sensitif apabila ditegur.pernah terjadi pd saya sendiri.tapi takkan saya nak hentam orang tu,takkan saya nak marah tak tentu pasal.tak guna.cuma hanya berdiam diri dan muhasabah diri. jadikan sindiran itu sebagai pengajaran buat kita,jangan jadikan sebagai putus asa untuk terus maju kehadapan dgn lebih baik.

kadang2 kita tak sedar cara kita menegur sahabat kita.bila da tgk muka  kwn kita kelat semacam je,minta maaf la ye,jgn wt dono pulak.tu namanya tak ada perasaan.bila kita nak tegur sahabat kita tu biarlah berhikmah,beri nasihat.ini tidak suka suki nak sindir,sakit la hati kwn tu,macam mane kwn kita nak berubah kalau kita tgur dgn sindiran,tak pasal2 makin menjadi pulak perangai kwan kite ,nauzubillah.. so,elakkan ya sindir2 ni, tak baik tau. cuba kita kat tempat kawan kita yg kena sindir tu,mesti sakit sangat2 macam nak sepak kwn tu kan,ish,tak baikla nak sepak2 kwn tu,tak elok.

and then,bila kita nak tegur kawan kita tu,biarlah bertempat,jangan dikalangan orang ramai,mesti kawan kita malu nanti.kesian dia,tgk masa dan tempat.nanti ukhwah kita dgn kwn kita berantakan.terukla jadinya sampai jadi api permusuhan.bergaduhla,kita nak ke macam tu.syaitan gelak ghabak berguling-guling tak tentu pasal bila kita memutuskan silaturahim antara saudara kita.ALLAH tak suka tau.ingat ya..

Imam Syafie' berkata: 'nasihatilah diriku dikala aku sendirian,janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat dihadapan umum adalah sebahagian penghinaan yang tidak aku suka mendengarnya,jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku,maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu'.

see,, boleh menjatuhkan air muka kwan kita.kesian kawan kita.tak pasal2 kena tanggung malu. kalau kita tak nak kena macam tu,jangan buat macam tu juga kt org lain.renung2kan..

selamat beramal~
yang baik datang dr ALLAH ,yang buruk dari aqilah kamarulzaman sendiri.
#salam syg,ukhwah fillah.

2 comments: