Friday 21 June 2013

Jalan yang pasti

Jalan yang pasti..  
Wow! Memang pasti
Itu jalanku
InsyaAllah, akan ku tempuhi dengan pasti

Memang pasti aku baru update blog.berabad lamanya..sarang labah-labah pun dah menginap..
Menipu gila ada sarang bagai.

Tak payah nak mengarut meraban kat sini.straight to the point je qila oii.

Entri aku hari ini jalan yang pasti.
Kenapa?
Sebab Isnin ni 24 Jun 2013 adalah hari yang paling .......
Warghhhhhh!!!! Sangat menakutkan..
Satu kehidupan baru yang akan kutempuhi.
Iaitu menjadi pelajar KUIS yang mengambil kos Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang.
Oh my........
Weyh! Takut! Seram!
Semua perasaan ada..menakjubkan semua perasaan ada dalam satu masa.. Poyo nya aku ni...

Semoga Allah permudahkan urusan.
Semoga keputusan yang aku ambil ni membantu kehidupan aku kelak di dunia dan akhirat..
Semoga Allah meredhai
Ma abah dah restu

Aku ambil kos ni memang ada tujuan.
Tujuan yang pasti.
Redha Allah.
Menyampaikan ilmu-ilmu yang aku belajar
Berguna kepada manusia yang lain.
Bukan semberono.

Ustaz Aku kata nak ambil kos ni memang susah.cabaran dan liku penuh onak duri.
Tetapi belajar lebih dapat lebih..dunia dapat akhirat dapat.insyaAllah.
Semoga dipermudahkan.
Mana ada belajar senang.semua susah..cuma kita saja yang membuat pilihan,nak atau tidak.
Kita yang tentukan,
'Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehinga kaum itu mengubahnya sendiri'
Sayang sekali kalau kita tak fikir dalam-dalam ayat ni..
Pilihan ditangan kita..cuma takdir Allah kita tak boleh nak menolak.terima dengan seadanya.

Dan pilihan aku
Mengambil kos yang sangat tough.
Memang susah.
Tetapi aku akan usaha gigih menempuh segala onak duri.
Memohon doaNya
Pinta sahabat-sahabat doakan
Ma abah..
Perlu semua itu kerana
Doa itu senjata mukmin.

Inikalilah.
Ehhhh.bukan politik ya..haha

#jaga hati jaga iman

Saturday 23 February 2013

kelahiran anak meow

comelkan ??.heedah lama tak update blog ni. kebosanan dan kemalasa melanda diri.so,semalam pd tanggal 21 februari 2013 pd jam 5petang anak meow a.k.a kucing aku selamat dilahirkan.. yahoo ! sangat comel. tapi kesian dekat meow punyalah dia teran teran time anak pertama keluar tapi tak terkeluar.. akhirnya,keluar juga.. alhamdulillah..tapi bila sampai anak keempat,meow sangat letih dan layu je tengok.kesian sangat..anak lagi sekor tak keluar sebab dah tak larat nak push...sekarang ni..meow still ok.. bila datang dekat sikit..marah dia.... anak pertama warna putih,anak kedua warna hitam putih,anak ketiga warna coklat,warna keempat warna hitam coklat.. wahh !!

Tuesday 19 June 2012

medical check up di Pusrawi.

sungguh~Alhamdulillah ,ALLAH permudahkan urusan.sepatutnya nak buat je medical checkup kat HKL. Tapi disebabkan keputusan nak dpt tu lambat bebenau.lagipun nak daftar masuk belajar khamis ni,21 jun. terpaksalah pergi PUSRAWI tu. senang dan cepat. dalam hampir 2 jam dah siap.kan mudah tuh.
memang kena turun naik,turun naik lah.harga pun tak beza sgt dengan HKL ,rm88 sahaja.HKL rm80.
Dan tak pernah menguruskan benda macam ni sorang2, tiba2 ma cakap'ma drop kat pusrawi je ye.lepas ma dah habis uruskan jenazah call ma,ingtkan nak bawak kau sekali mandikan jenazah,boleh ea?'
adoi~terpaksalah iyekan je.melepas nak pergi uruskan jenazah.pergi jelah seorang diri.membawa diri.tak pelah berdikari kan.saya dah besar so,tak payah nak bergantung pd org lain.ingtkan skit je yang medical check up.rupanya ramai la jugak.ada jugak yang satu kolej ngn aku.haha~terkejut den.woi,qila.pk hang sorg nak buat medical check up.ramai lagi hang tau .pulak tadi buat scene menjerit kat kaunter bayaran.keluar lah suara yang agak garau ni.buat malu kaum je.haha~'kak!',punya aku menjerit kat situ.kakak tu tercicir dia punya resit bayaran,jatuh pulak elok2 je depan kaki aku,mmg patutla aku kena amik bg die.takkan buat donoh pulak.yang pasti semua pandang aku.buat macam tak de benda yang berlaku .so,selesailah sudah urusanku dgn doktor.tak payah pening kepala lagi.

Tuesday 29 May 2012

sabar itukan indah =)

marah,tegas,penyayang and so on lah..

kadang-kadang kita marah tak bertempat,
anak kecil yang sedang mengalami tumbesaran pun kita nak marah.
sedangkan budak tu tak tahu apa-apa lagi. budak kecik beb. agak-agak la nak marah kalau ye pun. lain lah da besaq panjang buat salah,memang patut kena marah.
cara qila cakap macam dah ada anak pula kan. umur muda lagi.
kita kena berfikiran matang dan berfikiran jauh.sebab kita akan lalui apa yg orang tua kita rasa.
pedih,pahit,manis,masin.. masin? ada ke??
umur qila pun da besar. 18 tahun.kita mesti rancang masa depan kita,anak-anak kita nanti. wah~ sungguh besar impianmu aqilah. ahaha~
dah melalut sudah.. balik kepada tajuk besar kita,.

marah? sifat mazmumah(tercela) yang ada dalam diri semua manusia dan sabar adalah penghalang daripada sifat itu.
walaubagaimanapun,sabar ada had dan batasnya,apabila hilangnya sabar timbullah kemarahan.
see,kadang-kadang benda kecil pun kita nak marah.sabar kita itu terlalu sedikitkan.sabar itukan separuh daripada iman.

daripada ABU HURAIRAH R.H,  ; 'Bahawa datang seorang lelaki kepada NABI MUHAMMAD S.A.W lalu berkata :'berwasiatlah kepadaku ya RASULULLAH.' lalu baginda bersabda,;' jangan engkau marah.' ,baginda mengulangi 3 kali.

ada orang jenis panas baran,susah kita nak sejukkan tetapi sebenarnya dalam dasar hati seseorang itu adalah seorang penyayang. apa motif qila cakap benda ni?? abaikan..
pengorbanan baginda lagi besar,nak sebarkan islam sungguh getir.selama 3 tahun menyebarkan secara sembunyi dan 23 tahun secara terang-terangan.masa itulah pahit getir baginda kena tanggung.kena baling najis segala bagai.tapi baginda relax je,sabar.
tapi kita ni,baru benda kecil dah marah tak tentu pasal.baru kena perli,dah menjerit terlolong,meraung tak tentu pasal disebabkan kena perli.lek r beb.kalau kita tak salah,senyap sudah dan selesaikan secara aman.

kalau kawan kita ada buat salah,maafkanlah dia.baginda pun maafkan umatnya.kita mesti ada sifat saling bermaafan kerana dapat memupuk kasih sayang dan kemesraan sesama manusia.apabila kita dapat mengawal kemarahan kita akan mendapat balasan syurga. percaya atau tidak?baca seterusnya.

daripada ABI ad-darda,dia berkata;wahai RASULULLAH,tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang dapat saya masuk ke syurga.Rasulullah bersabda; jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga.
riwayat AT-TABRANI.

Islam ni kan bersatu padu,berkasih sayang.kalau berpecah belah,habislah.anda mesti tahu apa akan jadikan.
bila kita dah tahu benda ni janganlah asyik nak marah je ye makcik, pakcik, kakak ,abang,adik,mak jemah sekalian.marah itu datangnya dari syaitan.dah nama pun mazmumah,tercela.hooray2 la syaitan merata tempat bila melihat umat manusia ada sifat mazmumah.

daripada 'Atiah r.a, Rasulullah bersabda:Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu datangnya daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air maka apabila salah seorang kamu marah suruhlah dia berwudu'.
riwayat Abu Daud.

bila kita dapat elakkan sifat marah ni banyak hikmahnya.menjauhi kita daripada hasad dengki,dendam,benci,buruk sangka dan yang tak baiklah.ada 5 kategori marah iaitu cepat marah atau marah tidak bertempat,marah pertengahan(mampu kawal marah atau marah bertempat),tidak tahu marah dan marah keterlaluan.

Imam al-Ghazali ada berkata 10 punca penyebab kita marah.rasa bangga diri,takjub kepada peribadi sendiri,bergurau senda yang berlebihan atau melampaui batas,bercakap sia-sia selain gemar membuat fitnah.
tersentap mak,nak..amek kau.kan dah terasa.sungguh~
lagi 5 jap.....
khianat,tamak harta dan pangkat,gemar membantah dalam sesuatu perkara,gagal mengawal nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.
wah~memang terasa,kalau tak terasa,tak ada perasaan la tu atau mmg tak ada sifat mcm ni,itu sudah bagus.

bila marah kita memuncak naik mulalah percakapan pun menjadi kuat,kata-kata pun tidak teratur,bahasa kasar,menghina,merendah-rendahkan orang lain. sungguh tidak sopan.peringatan kepada kita semua.bila kita marah mulalah 'aku betul,kau salah', janganlah begitu wahai manusia sekalian.

marah yang terpuji iaitu marah pertengahan,marah bertempat.contoh,mak kita marah adik yang tak solat.baginda pun ada pesan,'ajarlah anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu solat apabila berumur 10tahun dan pisahkan tempat tidur mereka'.
kiranya,marah kerana itu syariat ALLAH,takkan biarkan je.amboi~tak ambil berat.
zaman sekarang ni,mak bapak biarkan anak gadis mereka tidak menutup aurat,terdedah sana sini.nak salahkan ibubapa seratus peratus tak boleh juga,kadang-kadang ibubapa banyak kali nasihat sampai berbulu telinga dah,tak dengar juga.sama juga lelaki,asyik perempuan je kena bebel.fuhh!(tak puas hati)senget je qilah.tengok tu~ada sifat mazmumah.ish3.astaghfirullah.
nak didik anak-anak biarlah dari kecil,melentur buluh biarlah dari rebungnya.barulah anak-anak dengar cakap ibubapa dan menjalani kehidupan atas landasan syariat ALLAH.kan3??betullah.

ada juga kisah saidina ALI ketika peperangan dimana saidina Ali hampir memenggal kepala musuh tetapi musuh meludah ke mukanya dan saidina Ali tidak jadi untuk membunuh maka berasa hairanlah musuh itu
SAIDINA ALI menjawab:'Aku takut membunuhmu bukan kerana ALLAH tetapi membunuhmu kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.'
hebatkan saidina Ali,masih boleh menggunakan pertimbangan akal dan syariat  walaupun marah.sama-sama kita renungkan dan fikirkan tahap mana marah kita untuk kebaikan masa akan datang~

daripada ABU HURAIRAH R.A;RASULULLAH S.A.W bersabda; orang yang kuat dan gagah adalah orang yang bergusti tetapi orang yang kuat dan gagah adalah orang yang mengawal marahnya.
riwayat BUKHARI dan MUSLIM.

nak jadi kuat kena la kawal marah.susah sebenarnya kita nak berubah.tetapi sebenarnya kita mengalami proses perubahan.kalau ke arah kebaikan,syukurlah.hati kita yang ingin berubah apabila kita nak diri kita berubah.betul tak?tak betul,sila tinggalkan komen.mungkin ada pendapat korang tentang semua ni atau blog ni ke atau so on lah.

ok,setakat ini sahaja.ustaz dan ustajah sekalian terima kasih kerana membaca =)
#reference from website ISLAM INDAH
#yang baik datang dari ALLAH,yang buruk daripada diri ini
#buat peringatan kepada kita semua
#salam sayang dan ukhwah fillah =)
#jaga hati jaga iman~


Friday 25 May 2012

cantik sudah pemberian ALLAH~



ALLAH jadikan semua cantik.cuma kecantikan yg ALLAH bg tu berbeza .
so,kena bersyukur la ape yg ALLAH berikan kepada kita dgn kecantikan yg ada.
jangan nk persoalkan apa yg ALLAH bg dgn mmbandingkan-bandingkan kecantikan kita dgn org lain.
masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
sempurna da ALLAH bg kat kita cuma x sesempurna junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W
jangan la kita nak mngutuk kecantikan org lain sbb itu ciptaan ALLAH. ALLAH tak suka tau. tak baik. mentang2 muka cantik. nak kutuk org pulak. hati tu belum tentu cantik lg kan. hati aqilah kamarulzaman ni pun belum cantik lg . peringatan kita semua. xkire lelaki atau perempuan. muka hensem tp hati xcantik watpe. muka lawa tp hati xcantik watpe. kan3. (muka qila x lawa apatah lg hati ni) ish3.

n then kita tak payah la nak plih kwn2 yg cantik dan hensem sperti diva gitu.
buang mase je. cantik kwn tu boleh smpi akhirat ke??reput jugak mke kite nnti.
perangai pun belum tentu cantik. kdg2 kwn yg perasan cantik ni,bila kita susah die jauhkan dri dr kita, susah gak.saya ckp ni bkn semua la.segelintir je. kawan2 qila lg cantik,rupa cantik,hati pun cantik. untung sapa dapat kwn2 aqilah kamarulzaman. USNA ~ amboii.. promote kwn pulak ye qilah.  ceeh~ tak dela. but,kita nak cari kawan biarlah yg ada agama.bukan qila cakap jgn kawan yang agamanya terumbang ambing tapi itulah tugas kita untuk menjadi da'ie(pendakwah),memimpin sahabat kita itu ke jalan ALLAH.jangan pula kita mengikut perangai yg tak baik . nauzubillah min zalik.

daripada ABU HURAIRAH R.A ,NABI MUHAMMAD S.A.W bersabda;
"seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."  Riwayat al-Termizi dan al-Hakim.

tengok.. nabi pun ada pesan. kita perlu cerewet memilih sahabat kerana bertemu dengan seseorang sahabat yang baik adalah sesuatu ketenangan jiwa~ aqilah kamarulzaman da melencong da ni.. cerita pasal lain, tak pe. ilmu kan,insyaALLAH.

kejadian ALLAH itu semua cantik,ALLAH jadikan kita sebagai makhluk,hamba yang cukup sifat,sempurna da. jangan nak pertikaikan lagi . ada yang lebih cantik drpd kita. mungkin itu kelebihan dia, mungkin kelebihan kita lain. jangan sampai iman kita terkandas dengan cucuk muka sana sini. botox la susuk la, seumpama dengan itulah.ini bukan tuju kepada wanita sahaja bahkan kepada kaum lelaki juga. ada je lelaki yang botox segala bagai, muka da handsome tp botox pulak. tak patut langsung. moga ALLAH mengampuni dosa2 mereka. amiinn.

kita kena bersyukur apa yang ALLAH bagi, jangan nak persoalkan apa yang ALLAH beri. jangan lihat kenikmatan yang lebih pada orang lain tp pandang orang yang lebih rendah darjat drpd kita,sesungguhnya mengajar diri kita ini bersyukur.ALLAH beri kat kita cukup sempurna da.

#peringatan kepada semua termasuk diri ini
#yang baik datang dr ALLAH,yang buruk dr aqilah kamarulzaman sendiri
#jaga hati,jaga iman =)
#salam sayang,ukhwah fillah.




Saturday 19 May 2012

shopaholic~

pkul 10 pg keluar g jalan tar. turun je bank negara tunggu la AISHAH ABDULLAH. haha~
beli barang g mydin. byk gile cah ko beli. mcm nk g luar negara je. brg ak xbyk pon da cecah rm63 .

WAHH~patah kaki ak jalan dgn org shopaholic ni. sakit kaki thp ghaban. layan je ape yg AISHAH ABDULLAH NAK.kwn kan. asalkan penuhi ape yg kwn ak nak. layan~haha. ak xnak cari suami yg shopaholic mcm ko cah. hakhak~ patah kaki dibuatnye.

tapi yg pling ak happy dpt berjalan ngn AISHAH ABDULLAH walaupun kaki ak hampir nk patah. hehe~ nauzubillah min zalik patah btul2. xpasal2 aqilah kamarulzaman cari pasal. one more thing ak happy dpt novel S.A.U aka SUAMI AKU USTAZ. hehe~ terima kasih ecah lyn ape yg ak nak.haha~ pastu beli la sekali bku sejarah stpm baharu.xmenahan. xsabar tau nk belaja.nak2 masa pertama ari isnin ni sejarah nye subjek. aku pulak minat sejarah~nak wat camane.

cari kasut pulak,kasut sukan la ,kasut jalan la. haha~ layan~ time tu kaki ak da sakit sgt2 da. haha~ ak rase tak habis2 lintas jalan. haha~ wt lwk je. org lain tgk,lari mcm ape. ape kesah,aslkan seronok .

nak gi makan pulak,kena lintas lg. lari lg mcm kne kejar hantu. haha~
g KFC ,da masuk da, keluar balik, ramai sgt.. pegila bersama aishah abdullah ke SOGO,jauh nye. ak da la xsbr nk dduk ni. hoho~ ikut jela,aslkan dpt dduk nnti. ecah da xlarat nak jln ,mcm mak jemah tepi jalan bwk brg nak lari rumah da. haha~juz kidding ye ecah~ ak ckp la sorg2,mne ko nak bwk ak ni cah,ak penat la..
mne kfc nye,ak xjumpe pon. rpenye yg nmpak MCD, xpela ,aslkn perut ak terisi. ddukla hjung skli. fuhh~
lega sgt2. haha~ da order ape sgle, makan2,borak2 ape cite,mcm2 cerita. smpi la pkul 2.30 petang. jalan jap sbelum balik,padahal xde tempat pon nak dduk,pns adela. terbakar rasenye,boleh bakar ikan da. haha~
xpasal2~ pegila naik ats kt stesyen lrt tu, nak dduk kt tangga,tp malu kot.. berdiri la tepi tangga,borak2 da smpi kol 3 petang,tata cah .haha~
pepon,happy jln ngn AISHAH ABDULLAH. ak rse byk kli kite hang out ,kli ni byk gile brg kite beli. haha~ seronok~ tp duit.......... melayang~~~ sedap je...... nak wt cm mne.. hoho~duit2.. syg kot.. hakhak~ bkn mata duitan ea. tp syg duit. haha. thanks a lot cah,layan ak yg penat  ni,hehe~

Wednesday 16 May 2012

kehidupan baru~

3 hari berlalu di SMK RAJA ABDULLAH.pg2 da kne kluar pegi sekolah. hoho~ rse mcm mls je,sarapan pun tidak.loya je memanjang ble pagi.takut mmg takut bila masuk skola baru.STPM la ktekan.hari pertama ma ikut skli g daftar.punye la tkut ditinggalkan oleh ma.haha.ma kate mcm budak drjah satu.yela. xbiasa kot.tunggulah smpi perhimpunan abis,ksian kt ma,sorry ea ma,anak ma mmg cmni.xreti2 lg,da besar tp mngada-ngada nk sruh ma tnggu.padahal boleh je dftr sndri.hehe.da la ma nk g keje pstu kne tempuh jem lg ,sorry la ma.arini je,pastu da x da.ma pon temanla.time kasih ye ma.. hoho~ hari ni,rabu.ma hantar g skola. punyela bosan kt skola. tak meriah langsung dorg nye hari guru.(kuajak,mengutuk skola sndri)da la lower 6 kne campak kelas mne tah.rpenya kls f6 la kan. mcm org ape je. nasib bdn la ad kwn borak2. penat gelak bercerita ngn dorang. (da ad member,haha)peramah la katekan.(perasan).

balik skola awl hari ni,hari persaraan puan pengetua,hajah azmah bt. rajion. fuhh! bru 3 hari ak skola situ ingat nme pengetua. hebak mu qila~ haha. naik kereta member,die yg hantar. byk kli salah jalan hantar lg sorg member kat batu muda. haha~da cuak da kwn ak tu. sblum gerak tu bace la doa knderaan kan. mle2 ok je die bwk.skli tu slh jln dan hampir nk langgar teksi.hoho~xsengaja ,nk buat mcm mne.ampunla teksi ye. lepas hantar hazirah kat batu muda,hampir terlanggar kereta org cina tu,kwn da bg signal da,siap nak hon sgle bgai. sory le. pemandu berhemah bwk ni . bgla laluan ,aigoo.. haha. nak hantar ak pulak kt jalan duta. pakguard kt gate pertama,mcm nk mrh je.. yela,mne ad sticker kereta yg mnunjukkan tinggal di kuartes kerajaan kan. kwn siap nk mrh2,haha. 'ak ad lesen la,nak mrh2 ak apsal.haha.pemandu berhemah ni' haha. gelak jela ak. harini gelak je,gelap hati aqilah kamarulzaman . ish3. astaghfirullah~ dduk ngn dorg mmg jd bertambah gile2 la otak ak. dduk kt saiyidah gile2 gak kepala tp dduk ngn dorg bertambah gile kple otak.. xpe. biar kepala gile2 tp hidup dteruskan atas syariat ALLAH.